Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Identiti Digital

Identiti Digital


Akaun e-Darussalam adalah kunci pengesahan digital tunggal yang memberikan orang ramai akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan perkhidmatan single sign on yang lebih selamat, mudah dan cepat.

Akaun e-Darussalam disediakan untuk rakyat (kad pengenalan kuning), penduduk tetap (kad pengenalan merah) dan penduduk dari luar negeri yang mempunyai pas pekerjaan dan permit kerja (kad pengenalan hijau).

Nombor Kad Pengenalan Kebangsaan anda adalah Nombor ID mandatori akaun e-Darussalam anda, dan anda boleh memilih kata laluan tersendiri.

Akaun e-Darussalam membolehkan orang ramai untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan dan awam, memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan, membayar bil elektrik dan banyak lagi secara online.

Anda boleh mendaftar akaun e-Darussalam di sini.

Untuk Soalan Lazim mengenai Akaun e-Darussalam, sila klik di sini.