Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Usaha Perlindungan Alam Sekitar

Usaha Perlindungan Alam Sekitar


Kerajaan Brunei Darussslam sentiasa komited kepada konsep pembangunan yang berterusan demi pembangunan sosio-ekomomi. Lapan strategi, termasuk strategi alam alam sekitar, telah dikenal pasti di dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 bagi tahun 2012 – 2017 untuk memastikan semua aspek-aspek pembangunan boleh dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Pada 22 April 2016, Negara Brunei Darussalam telah menandatangani Perjanjian Paris (Paris Agreement), yang bertujuan untuk memperkasakan tindak balas global kepada ancaman perubahan iklim dengan mengekalkan suhu global meningkat di abad ini di bawah 2 darjah Celsius di atas paras pre-industrial dan untuk meneruskan usaha-usaha mengehadkan peningkatan suhu yang lebih jauh lagi kepada 1.5 darjah Celsius; dan merupakan salah satu negara pertama di kalangan negara-negara ASEAN yang menguatkuasakan ‘Instruments of Ratification of the Paris Agreement’ pada 21 September 2016.

Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan juga bertanggungjawab dalam menguatkuasakan usaha perlindungan alam sekitar secara adil dan cekap bagi perlindungan hutan, makanan, hidupan liar, udara, air, iklim dan lautan. Salah satu agensi kerajaan tersebut adalah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di Kementerian Pembangunan yang mana telah menerbitkan Akta Alam Sekitar dan Garis Panduan, Garis Panduan Kawalan Pecemaran bagi Pembangunan Perindustrian, dan Buku Panduan Kitar Semula 123 sebagai rujukan dan panduan mengenai kitar semula untuk kegunaan orang ramai.

Untuk membantu mencapai pemeliharaan dan perlindungan ekosistem Negara Brunei Darussalam, kerajaan juga bekerjasama dengan peniaga-peniaga dan pertubuhan-pertubuhan bukan untung dengan menjalankan pelbagai inisiatif termasuk penyediaan perkhidmatan kitar semula, menjalankan program-program kesedaran alam sekitar dan aktiviti-aktiviti seperti ‘Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik’ yang diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, hari bebas kereta setiap hari Ahad semasa ‘Bandarku Ceria’, mengambil bahagian dalam Earth Hour, mengurangkan Penggunaan Kontena Styrofoam, dan banyak lagi; serta penubuhan kelab-kelab alam sekitar seperti Beach Bunch, Green Brunei, Panaga Natural History Society, dan banyak lagi.

Untuk melihat semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Alam Sekitar sila klik di sini.