Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Pelan Pendidikan dan Tenaga Kerja

Pelan Pendidikan & Tenaga Kerja


Tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi akan dapat membantu untuk meningkatan pelaburan dan menjana sebuah ekonomi moden yang membuka peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat di dalam sektor awam dan sektor swasta bagi mencapai matlamat wawasan negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035.

Dalam usaha bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, Kerajaan Negara Brunei Darussalam sentiasa merancang, membangun dan melaksanakan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan taraf piawaian pendidikan negara untuk mencapai  kejayaan dan kecemerlangan. Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21, Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2007-2011 dan seterusnya Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2012-2017,  serta Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012  telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam agar rakyat di negara ini akan mempunyai kemahiran-kemahiran tenaga kerja yang diperlukan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang akan membawa kepada prospek-prospek yang lebih baik untuk peluang pekerjaan dan kerjaya.

Beberapa inisiatif telahpun dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini seperti i-Ready iaitu program perantisan selama 3 tahun yang bertindak sebagai platform untuk mendedahkan para graduan kepada pelbagai industri di sektor awam dan sektor swasta; dan Brunei Solutions Development Centre (BSDC) iaitu software development facility memberikan peluang kepada para graduan berkemahiran dalam bidang IT untuk bekerja dalam projek-projek membangun perisian, dan peluang menerima latihan dan pensijilan.

Di samping itu, untuk menambahbaik proses permohonan jawatan kosong dalam sektor awam dan sektor swasta di Negara Brunei Darussalam, PSC Recruitment dan JobCentre Brunei telah diperkenalkan untuk memudahkan rakyat dalam mencari dan memohon jawatan-jawatan kosong secara online.

Dalam usaha untuk memastikan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, Institut Perkhidmatan Awam bertindak sebagai agensi latihan kerajaan untuk menyediakan latihan yang berterusan untuk membina dan membangunkan keupayaan dan kemahiran para pekerja dalam sektor awam dan sektor swasta.

Untuk melihat semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan sila klik di sini, dan untuk Tenaga Kerja sila klik di sini.