Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Melabur Di Brunei

Peluang-peluang Pelaburan Langsung Asing di Negara Brunei Darussalam


Dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengenal pasti lima kelompok pelaburan langsung asing utama iaitu Industri Hiliran Minyak & Gas, Permakanan, Pelancongan, Pembuatan dan Perkhidmatan dan Info Komunikasi dan Teknologi.

Mengapa Melabur di Negara Brunei Darussalam?
Negara Brunei Darussalam, yang terletak di tengah-tengah rantau ASEAN, adalah pangkalan perniagaan yang strategik. Dengan radius dan jarak penerbangan yang dekat dengan negara-negara seperti Vietnam, Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia, Negara Brunei Darussalam mempunyai akses yang mudah ke pasaran Asia Tenggara yang sedang giat berkembang dan dinamik.

Pelabuhan air dalamnya, iaitu Pelabuhan Muara, mempunyai rangkaian perkapalan dan logistik yang dihubungkan dengan 15 pelabuhan di rantau ini, termasuk di Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Filipina dan Republik Rakyat China.

Negara Brunei Darussalam juga telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara ASEAN dan rakan-rakan kongsi perdagangan Asia Timur seperti Republik Rakyat China, Jepun dan Korea Selatan. Ianya juga mempunyai hubungan perdagangan yang komprehensif dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar, yang mana telah memudahkan perniagaan dan aktiviti keusahawanan di dalam negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.invest.gov.bn

Untuk sebarang pertanyaan mengenai peluang-peluang pelaburan langsung asing di Negara Brunei Darussalam, sila hubungi:

FDI ACTION AND SUPPORT CENTRE (FAST)
The Brunei Economic Development Board
Level 4, Tower Block
Ministry of Finance & Economy
Commonwealth Drive
Bandar Seri Begawan BB 3910
Brunei Darussalam
Email: info@invest.gov.bn