Inisiatif Kesihatan & Kebajikan
Kerajaan Negara Brunei Darussalam sering menjalankan dan melaksanakan
pendekatan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti
hidup rakyat dengan menambahbaik kualiti perkhidmatan-perkhidmatan dalam
penjagaan kesihatan dan bantuan kebajikan.
Bagi melaraskan dan
menyokong penuh Wawasan Brunei 2035 khususnya dalam mencapai matlamat
meningkatkan kualiti hidup rakyat,
Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan
Sistem Kesihatan dan Pelan Induk Infrastruktur Brunei Darussalam
yang mana merupakan pelan komprehensif yang bertindak sebagai panduan
untuk melaksanakan langkah-langkah strategik untuk meningkatkan
perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan kesihatan negara di abad ke-21 ini.
Penggunaan ICT dalam sistem penjagaan kesihatan juga telah dilaksanakan
seperti menguatkuasakan dasar untuk mewajibkan penggunaan Sistem
Elektronik Rekod Pesakit (Bru-HIMS)
di semua pusat kesihatan di Negara Brunei Darussalam.
Manakala
dari aspek kebajikan pula, bantuan terus diberikan kepada
golongan-golongan masyarakat tertentu seperti yang kurang bernasib baik,
warga tua, dan orang kurang upaya melalui
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Selain pihak kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Dana Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim,
Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), pertubuhan-pertubuhan sukarela,
institusi-institusi perbankan dan lain-lain juga aktif memberi sumbangan
dalam aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat dan kepada mereka yang
memerlukan bantuan.
Untuk melihat
semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Kesihatan sila klik di
sini, dan bagi Kebajikan pula sila klik di
sini.