Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Data Terbuka

Data Terbuka



Data.gov.bn


Data.gov.bn memudahkan orang ramai untuk memperolehi dan menggunakan data-data yang telah dihasilkan dan dikumpulkan oleh agensi-agensi kerajaan, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan penyampaian maklumat-maklumat perkhidmatan awam, memberi inspirasi kepada idea-idea baru, serta membuat keputusan dan penyelesaian yang lebih baik bagi orang ramai dan juga perniagaan.

Sehingga kini, lebih daripada 500 set data telah tersedia dan boleh dimuat turun agar dapat meningkatkan transparansi agensi-agensi kerajaan kepada orang awam.

Senarai jumlah bajet peruntukan belanjawan bagi setiap kementerian dan jabatan yang telah diluluskan semasa persidangan Majlis Mesyuarat Negara (LegCo) yang diadakan pada setiap tahun oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam, juga telah dikongsikan untuk maklumat dan rujukan orang awam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.data.gov.bn


Sistem Statistik Negara

Jabatan Perangkaan di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi sering menerbitkan dan melaksanakan kaji selidik bagi menyediakan Statistik Kebangsaan yang berkualiti, komprehensif dan terkini yang mematuhi Piawaian Antarabangsa dan amalan terbaik untuk perancangan yang efektif, pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat, dan sebagai indikator yang berguna untuk pembangunan sosio-ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Maklumat banci perangkaan yang komprehensif dan terkini yang terdiri daripada ekonomi, penduduk, indeks harga pengguna, isi rumah, tenaga buruh dan sebagainya untuk rujukan orang ramai dan perniagaan boleh didapati di sini.