Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Memohon, Mengemaskini, Memperbaharui Lesen...

Memohon, Mengemaskini, Memperbaharui Lesen Perniagaan (OneBiz)


Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Tenaga sebagai satu portal atas talian bagi memudahkan memulakan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai perantaraan yang mudah dan mesra pengguna, Onebiz membolehkan ahli-ahli perniagaan bagi memohon lesen-lesen perniagaan yang berkaitan, memantau status permohonan-permohonan yang telah dibuat dan juga membuat pembayaran lesen yang telah diluluskan melalui kemudahan laman sesawang OneBiz.

Secara keseluruhannya, OneBiz mempunyai lebih daripada 40 perkhidmatan atas talian bagi memohon lesen perniagaan baru, mengemaskini, memperbaharui, menamatkan dan menanyakan mengenai lesen perniagaan.

Ini adalah Perkhidmatan Atas Talian

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Mempunyai Kad Pengenalan Pintar Brunei yang sah. 
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  1. Telah mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam. 
    Klik di sini untuk mendaftar atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pengaktifan akaun e-darussalam.
  2. Mempunyai e-mel yang aktif.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Klik pada "Start", halaman perkhidmatan akan dibuka di tetingkap yang baru.
  2. Klik pada pautan perkhidmatan yang dikehendaki.
  3. Klik di sini untuk melihat cara menggunakan perkhidmatan ini.
  4. Sila ikut arahan yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang diperlukan.
Attachments