Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Mendaftar sebagai pengimport komersial tumbuhan...

Mendaftar sebagai pengimport komersial tumbuhan dan produk tumbuhan


Perkhidmatan ini adalah untuk ahli-ahli perniagaan yang berminat menjadi pengimpot komersial tumbuhan dan produk tumbuhan.  Perkhidmatan ini  disediakan oleh Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian & Agrimakanan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.


Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

Mempunyai Sijil Pendaftaran Nama-Nama Akta Perniagaan (Seksyen 16 & 17) yang sah. 

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Sila dapatkan borang "PB/F/002" di kaunter Permit Impot, Divisyen Biosekuriti, Jabatan Pertanian & Agrimakanan. Alamatnya seperti di bawah:
Divisyen Biosekuriti 
Tingkat 1,
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Jalan Menteri Besar
Bandar Seri Begawan BB3910
Brunei Darussalam.

Nota: Awda boleh juga emel kepada "biosecurity.division@mprt.gov.bn" untuk meminta borang permohonan.

  1.  Sila isi borang permohonan dan awda perlu mempunyai dan menyediakan salinan dokumen seperti dibawah:
    • 1 salinan gambar ukuran paspot bagi pemohon 
    • 1 salinan kad pengenalan pintar atau paspot ahli-ahli dalam Syarikat. 
    • 1 salinan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Akta Perniagaan (Seksyen 16 & 17) 
    • 1 salinan borang X, jika berkenaan.
  1. Sila hantar borang yang lengkap diisi bersama dengan salinan dokumen seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Permohonan yang diterima akan mengambil masa selama 6 hari waktu bekerja untuk di proses. Surat akan dikirimkan kepada pemohon tentang status permohonan. 
Untuk keterangan lebih lanjut, sila tekan di sini atau hubungi 238 2822 ext. 2014.

Attachments