Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Pendaftaran bagi Larian Kebangsaan

Pendaftaran bagi Larian Kebangsaan


Perkhidmatan ini adalah bagi belia yang berminat untuk menyertai larian kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Diantara larian yang dianjurkan adalah seperti Larian Hari Kebangsaan, Larian Hari Belia Kebangsaan dan Larian Sambutan Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  •  Berbeza mengikut acara larian

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Pembukaan Larian Kebangsaan akan diumumkan kepada orang awam melalui media massa seperti surat khabar, radio dan media sosial. Selepas pengumuman itu nanti, hendaklah :-

  1. Layari  www.belia-sukan.gov.bn atau klik pada butang "Start" di atas.
  2. Semak imbas bagi pengumuman larian.
  3. Muat turun dan cetak borang, jika ada.
    Awda juga boleh mendapatkan salinan borang di cawangan daerah Jabatan Belia & Sukan atau di:
Ibu Pejabat Jabatan Belia & Sukan
Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211,
Brunei Darussalam

4. Isi borang dan disertakan dengan bayaran ke kaunter pendaftaran yang ditentukan.
Nota: Kaunter Pendaftaran akan dijalankan 3-4 minggu sebelum tarikh tutup larian. 
Attachments