Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Menghadapkan borang permohonan yang lengkap kepada Jabatan Perhutanan selewat-lewatnya SATU BULAN sebelum tarikh masuk ke kawasan Hutan Simpan.
- Lokasi kawasan Hutan Simpan yang ingin dimasuki dan tempoh masa yang dipohonkan hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam borang permohonan berkenaan.
- Tempoh sah maksima setiap User Permit adalah SATU TAHUN sahaja.
- Pemohon mestilah menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan kad Pengenalan/Paspot pemohon dan ahli-ahli kumpulan.
- Salinan Borang 500 Jabatan Buruh/Pas Kerja/Surat Kebenaran Khas (Jika diperlukan sahaja).
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa borang permohonan diisikan dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Sebarang permohonan melalui emel tidak akan diterima.
- Satu salinan laporan hasil projek atau penyelidikan atau program hendaklah diberikan kepada Unit Permit & Lisen setelah projek selesai dijalankan.
- Jabatan Perhutanan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kehilangan dan kerosakan harta benda, kemalangan dan kecederaan samada ringan atau berat atau melibatkan kehilangan nyawa atau tidak kepada pemohon dan ahli-ahli kumpulan selama berada didalam kawasan Hutan Simpan yang berkenaan.
Pembayaran :
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Menerima borang permohonan di kaunter daripada pemohon (secara manual). Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Meneliti borang permohonan. Jika borang tidak lengkap diisi akan dikembalikan kepada pemohon.
- Permohonan lengkap akan diproses dan seterusnya akan dihadapkan kepada pihak Polis Diraja Brunei (PDB) dan Angkatan Tentera Diraja Brunei (ABDB) untuk ulasan dan sokongan lanjut dalam masa tempoh 2 minggu dan seminggu untuk proses kebenaran dari Jabatan Perhutanan.