Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Home




Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta penglibatan semua kementerian-kementerian yang lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam akan mengadakan RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2019 pada: 
 
Tarikh:      Ahad, 8 Muharram 1441H / 8 September 2019M
Jam:         7.00 Pagi 
Tempat:   Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan untuk berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 tersebut.
 
Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 dianjurkan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun; dan Acara Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni dan Belia Kebangsaan 2019 Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2019 serta Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2019.

Acara riadah ini diadakan sewaktu Program Bandarku Ceria yang lazimnya dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah dan akan diserikan lagi dengan tazkirah bertajuk ‘Budaya Sihat Cepat Merebak’. 

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.50 kilometer.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 ini akan dilaksanakan oleh para belia dengan bertujuan bagi memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga serta perubaha nmindset yang lebih positif yang mana acara ini nanti adalah bertemakan ‘Belia Ceria Keluarga Bahagia’ dengan pengisian aktiviti dibahagikan kepada dua (2) zon dan akan dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia, sukan dan yang berkaitan iaitu:
1. Zon Kreativiti Dan Inovasi - Zon ini akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam bentuk industri kreatif serta belia-belia yang bergiat aktif di dalam bidang teknologi.
2. Zon Sukan Ria dan Keluarga - Zon ini akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti sukan (sukan tradisi dan ria) termasuk aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak dan keluarga.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengajak segenap lapisan rakyat dan penduduk negara terutamanya penggemar atau peminat sukan berbasikal ini untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2019. Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk datang lebih awal bagi kelancaran pelepasan kayuhan.