Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Kemasukan ke Institut Pendidikan Teknikal...

Kemasukan ke Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)


Pendidikan (IBTE) adalah sebuah institusi pendidikan lanjutan menengah yang menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional di Negara Brunei Darussalam.

Perkhidmatan ini membolehkan lepasan sekolah menengah untuk memohon di IBTE bagi melanjutkan pelajaran mereka. Kementerian Pendidikan menyediakan perkhidmatan atas talian melalui sistem 'Technical Vocational Education Central Admission System' (TVECAS)

Pengambilan utama bagi IBTE (pengambilan bulan Julai) yang merangkumi kebanyakan program (seperti yang disenaraikan di https://ibte.edu.bn/prospectus). Aplikasi untuk pengambilan ini biasanya dibuka pada bulan Februari. Walau bagaimanapun, terdapat juga program lain yang akan dibuka secara berasingan bergantung kepada permintaan industri.


Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan 

Lepasan sekolah menengah yang telah menamatkan Tahun 11 / Tahun 10 (Ekspres)

Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

Harus memiliki: 
  • Kad Pengenalan Pintar yang sah
  • Alamat e-mel yang aktif 
  • Nombor telefon yang aktif

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Pembukaan bagi kemasukan baru akan diumumkan kepada orang ramai melalui media massa seperti surat akhbar, radio dan media sosial IBTE (website, Facebook dan Instagram). 

Selepas Pengumuman dibuat,

  1. Layari www.ibte.edu.bn/tvecas atau klik butang pada “Start” di atas.
  2. Klik "Apply Now" untuk mendaftar. Nota: Pautan ini hanya terpapar jika ada pembukaan bagi kemasukan baru
  3. Klik "Apply Now" untuk membaca arahan.
  4. Pada penghujung arahan, TANDA (✓) di kotak Terma dan Syarat.
  5. Klik "Submit" untuk memasuki borang atas talian.
  6. Sila isi borang.
  7. Klik "O LEVEL" untuk memasukan keputusan O Level (1 - 8).
  8.  Klik "IGCSE" untuk memasukan keputusan IGCSE (A - E).
  9. Pada seksyen"Other Qualification", sila pilih mana-mana kelulusan yang lebih tinggi daripada O Level or IGCSE.
  10. Sila pilih program yang pemohon minati bagi pilihan yang pertama, dituruti pilihan kedua dan pilihan ketiga di seksyen "Eligible Programmes".
  11. Setelah borang lengkap diisi, klik "Submit".
  12. Klik "OK" bagi pengesahan.
  13. Borang yang telah diisi akan terpapar di skrin.
Keputusan akan diumumkan melalui emel, bergantung kepada program, pemohon yang berjaya akan dipanggil.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, awda boleh melayari laman sesawang IBTE (www.ibte.edu.bn).
Attachments