Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - BUR 301: Permohonan Baru bagi Lesen Perkhidmatan...

BUR 301: Permohonan Baru bagi Lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  bagi permohonan Baru lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap / Asing.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
  • Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke Tingkat Bawah, Kaunter Perkhidmatan Jabatan Buruh.
  • Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan
    • Salinan slip gaji terkini pemohon
    • Borang butiran kewangan yang lengkap (BUR300)
    • Salinan surat kebenaran untuk pesara
    • Salinan sijil kelahiran dan / atau kad pengenalan untuk kanak-kanak atau ahli keluarga lain yang tinggal di rumah yang sama
    • Surat kebenaran dari Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi perjanjian perumahan atau penyewaan Kerajaan (Jika berkenaan)
    • Salinan pendaftaran Syarikat atau Borang X pemohon dan / atau pasangannya (yang memegang hak milik perniagaan)
    • Butiran pendapatan lain (jika ada) seperti Perjanjian Tenaga untuk perniagaan / kediaman
    • Salina slip gaji terkini pasangan (jika diperlukan untuk meyokong permohonan)
    • Salinan surat pengesahan Doktor bagi ahli keluarga yang sakit atau lain-lain keperluan khas (jika berkenaan)
    • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / ibu mertua / bapa mertua sekiranya permohonan lesen ini adalah dimaksudkan untuk kes yang disebutkan di sini (Kebenaran Khas)
    • Untuk jawatan sebagai pemandu, sila sertakan salinan "Bluecard" kenderaan dan jadual harian sekolah / jadual waktu kanak-kanak dan / atau aktiviti lain
    • 2 salinan Borang Pengecualian (jika berkenaan)
  • Dokuman Tambahan Permohonan Warga Asing :
    • Salinan kontrak perkhidmatan atau surat tawaran dari Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
    • Salinan kontrak perkhidmatan antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Buruh
    • Cadangan Pas Kerja yang diluluskan (BUR500 / BUR555) oleh Jabatan Buruh.
Attachments