Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Pendaftaran Sijil Kelahiran

Permohonan Pendaftaran Sijil Kelahiran


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Pendaftaran, Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). 

Permohonan pendaftaran kelahiran bertujuan untuk mendapatkan Sijil Kelahiran bagi kemudahan pendaftaran sekolah, permohonan bagi kad pengenalan, dokumen perjalanan, kerakyatan dan lainnya.

Pendaftaran kelahiran mestilah dilaksanakan mengikut tempat kawasan daerah kelahiran dan anak angkat tersebut berlaku.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Tempoh Pendaftaran Kelahiran
    • Pendaftaran kelahiran bagi anak damit adalah disarankan untuk dilaksanakan setelah anak damit tersebut dilahirkan. Pendaftaran kelahiran tertangguh (lebih dari 14 hari) dan pendaftaran kelahiran lewat (lebih dari 43 hari) akan dicatat jika tempoh pendaftaran dibuat selepas 14 hari anak damit tersebut dilahirkan.
  • Orang Yang Mendaftar
    • Kategori bagi mereka yang layak untuk mendaftar kelahiran anak damit adalah seperti berikut :
      • Ayah kandung
      • Ibu Kandung
      • Ahli keluarga yang mengetahui kelahiran anak damit tersebut
    • Nota Penting : Pendaftaran kelahiran yang BUKAN dibuat oleh ayah kandung hendaklah menyertakan surat kebenaran atau surat wakil beserta dengan salinan kad pengenalan ayah kandung anak damit semasa membuat pendaftaran.
  • Pendaftaran Kelahiran Anak Laqid
    • Pendaftaran kelahiran anak laqid hendaklah dibuat oleh ibubapa angkat yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Kerajaan yang dilantik dan dilaksanakan setelah mendapat perintah sementara daripada Mahkamah Syariah.
  • Pendaftaran Anak Angkat
    • Pendaftaran dan pengeluaran sijil anak angkat hendaklah dibuat setelah ibubapa angkat mendapat Perintah Kekal daripada Mahkamah Syariah (bagi mereka yang berugama Islam) dan 'Adoption Order' daripada Mahkamah Sivil (bagi mereka yang bukan berugama Islam)
Pembayaran :

  • Pendaftaran: Tiada bayaran dikenakan
  • Denda Kompaun: Berdasarkan kepada BAB 13 Akta Pendaftaran Beranak dan Mati, Penggal 79, sebarang kelahiran yang gagal didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan, seseorang itu boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih dari BND$500.00.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pendaftaran, Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau muat turun borang disini.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran adalah seperti berikut :
    • Borang permohonan pendaftaran kelahiran
    • Surat pengakuan kelahiran (Asal dan Salinan)
    • Sijil nikah/kahwin (Asal dan Salinan)
    • Kad pengenalan pintar ayah dan ibu atau kad waran polis atau kad ABDB (Asal dan Salinan)
    • Surat pengesahan nikah/kahwin (jika pasangan berkahwin di luar negeri) (Asal dan Salinan)
    • Kad Permit Masuk (bagi penduduk tetap (Asal dan Salinan)
    • Sijil kematian ayah/ibu kepada anak damit (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Sijil cerai ayah/ibu kepada anak damit (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Surat akuan Islam (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Surat wakil dari ayah kandung (jika diwakili)
    • Surat sumpah dari mahkamah Magistret bagi yang mempunyai dua nama (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
  • Dokumen-dokuman yang diperlukan semasa membuat Pendaftaran Anak Angkat adalah seperti berikut :
    • Dokumen Ibu Bapa Kandung
      • Kad pengenalan pintar suami/isteri (Asal dan Salinan)
      • Dokumen perjalanan (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Dokumen Anak Angkat
      • Sijil Kelahiran ((jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
      • Dokumen perjalanan (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Dokumen Ibu Bapa Angkat
      • Kad pengenalan pintar suami/isteri (Asal dan Salinan)
      • Sijil kelahiran suami/isteri (Asal dan Salinan)
      • Sijil nikah/kahwin (Asal dan Salinan)   
      • Sijil akuan Islam suami/isteri (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
    • Dokumen dari Mahkamah Syariah/Mahkamah Sivil
      • Surat pengakuan penyerahan anak angkat dari ibu bapa kandung (Asal dan Salinan)
      • Surat pengakuan menerima anak angkat dari ibu bapa angkat (Asal dan Salinan)
      • Surat izin bagi pengambilan anak angkat (Asal dan Salinan)
      • Perintah Kekal (bagi pemohon berugama Islam) / 'Adoption Order' (bagi bukan beragama Islam)(Asal dan Salinan)
Attachments