Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Borang pengesahan alamat tempat perniagaan...

Borang pengesahan alamat tempat perniagaan dan penempatan pekerja


Borang ini  dikendalikan oleh  Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  bagi memastikan majikan menyediakan tempat pekerjaan dan tempat tinggal pekerja yang teratur dan selaras dengan kehendak undang-undang.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Borang hendaklah diisikan sebanyak 3 salinan dan hendaklah ditaip.
  • Setiap majikan hendaklah mengisikan borang pengesahan alamat yang berlainan bagi setiap jenis kegiatan syarikat mengikut rujukan PJB
  • Majikan hendaklah menyertakan perjanjian penyewaan tempat yang masih sah
  • Tempat kegiatan hendaklah di bangunan/kawasan komersial
  • Jika tempat aktiviti perniagaan di atas tanah persendirian, hendaklah mempunyai syarat khas tanah bagi perniagaan sampingan
  • Tempat aktiviti perniagaan hendaklah tidak ditempatkan di Rancangan Perumahan Negara/Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dan Kampong Ayer
  • Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini jika ada sebarang tambahan alamat perniagaan, Pejabat atau Cawangan
  • Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini setiap 2 tahun
  • Borang ini boleh dihadapkan oleh majikan sendiri atau agensi pekerjaan yang berdaftar

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Borang Pengesahan Alamat ini  boleh di muat turun disini.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap diisikan, tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan menggunakan borang yang diubahsuai tidak akan diterima.
  • Borang hendaklah dihantar sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dihadapkan.
  • Sekiranya salah satu alamat tidak diperakui sah maka Lesen Pekerja Asing boleh dibatalkan serta merta.
Attachments