Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Kutipan Derma, Tajaan dan Iklan...

Permohonan Kutipan Derma, Tajaan dan Iklan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). 

Pengutipan derma yang melibatkan kewangan, benda, iklan dan tajaan adalah dikawal oleh Akta Pangawalan Pengutipan Derma 1953 (Penggal 91). Kuasa membenarkan adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menurut Akta Pengawalan Pengutipan Derma 1953.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Kutipan derma secara langsung pada lazimnya tidak dibenarkan kecuali dalam kes-kes tertentu.
  • Kutipan mestilah secara sukarela.
  • Kutipan mestilan menggunakan Resit Rasmi yang menyatakan nama penderma/penaja, jumlah derma dan tandatangan penderma/penaja.
  • Kebenaran pengutipan adalah untuk satu (1) bulan sahaja.
  • Bilangan pengutip derma dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja.
  • Satu salinan Kunci Kira-kira mestilah dihadapkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
  • Kutipan tidak boleh bertentangan dengan Peraturan dan Undang-undang Negara.
  • Kutipan hanya dibolehkan mengikut kawasan daerah terbabit sahaja.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN, atau muat turun borang disini.
  • Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dan dihantar terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan :
    • Salinan surat kebenaran / sokomgan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (untuk aktiviti yang memerlukan kebenaran pihak Polis dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan aktiviti seperti penggunaan jalan raya dan sebagaianya)
    • Salinan surat kebenaran menggunakan tempat (jika perlu)
    • Salinan surat Pendaftaran Pertubuhan / Sijil Pendaftaran Syarikat Perniagaan 16 & 17
    • Salinan surat sokongan derma daripada Kementerian / Organisasi
Attachments