Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Perkhidmatan Gerakan Meracun Khinzir Hutan...

Perkhidmatan Gerakan Meracun Khinzir Hutan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi permohonan berikut :

  • Untuk mengawal serangan khinzir hutan pada kawasan ladang.
  • Memastikan supaya aktiviti meracun khinzir hutan dimaklumkan bagi aspek keselamatan penghuni-penghuni di kawasan yang mengadakan gerakan meracun khinzir hutan tersebut.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Pendaftaran dengan Jabatan

    Cara menggunakan Perkhidmatan ini

    • Peladang berdaftar mengisi borang permohonan yang disediakan di Unit Pengembangan Pertanian (UPP) di daerah masing-masing dan disahkan oleh Ketua Kampung.
    • UPP akan menyelidiki kesesuaian kawasan yang dipohonkan bagi aktiviti tersebut.
    • Jika permohonan lulus, UPP akan menghantar borang kepada Unit Perlindungan Tanaman (UPT) bagi pemprosesan selanjutnya.
    • UPT akan menyediakan persuratan kepada pemohon / Ketua Kampong/ Media Massa mengenai tarikh dan tempat gerakan meracun khinzir tersebut.
    Attachments