Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Skim Perumahan Negara

Permohonan Skim Perumahan Negara


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Perumahan dibawah Kementerian Pembangunan bagi orang ramai yang ingin memohon perumahan dibawah Skim Perumahan Negara

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Pemohon mestilah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh borang permohonan ini dikeluarkan dan mempunyai tanggungan
  • Pemohon atau suami/isteri tidak mempunyai tanah bergeran atau mempunyai tanah bergeran yang tidak dapat dimajukan mengikut kriteria-kriteria Kerajaan yang tertentu dan tertakluk kepada pengesahan.
  • Pemohon mestilah berpendapatan tidak kurang daripada $445.00 dan tidak melebihi daripada $3,030.00

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Semasa menghantar borang permohonan hendaklah disertakan barsama salinan bergambar dokumen seperti berikut :
    • Salinan Kad Pintar pemohon suami/isteri
    • Salinan Sijil Nikah/ Kahwin/ Cerai
    • Surat Lantikan Bergaji Bulan/ Bergaji Hari jika bekerja dengan Kerajaan
    • Surat pengesahan bekerja daripada Majikan/ Firma jika bekerja dengan Swasta
    • Lesen Perniagaan bagi pemohon yang berniaga sendiri
    • Surat tawaran melanjutkan pelajaran daripada pihak Universiti/ Institut Teknologi/ Maktab Jururawat/ Kolej Perguruan dan mana-mana Institut Pengajian Tinggi samaada di dalam dan di luar negeri iaitu kursus HND ke atas.
  • Borang Permohonan boleh dimuat turun disini
Attachments