Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA)

Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA)


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi permohonan mendapatkan kebenaran mendatangkan pekerja asing untuk berkhidmat di sesebuah syarikat. 

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Mana-mana syarikat hendaklah berdaftar di ROCBN dan hendaklah mendapatkan sokongan dari Agensi-Agnsi yang berkenaan
  • Permohonan hendaklah melalui agensi pekerjaan yang berlesesn di Jabatan Buruh
  • Syarikat hendaklah yang berdaftar dibawah Job Centre Brunei dan TAP
  • Jumlah pekerja asing yang dipohonkan hendaklah tidak melebihi nisbah tempatan/asing (NTA)  di dalam syarikat mengikut industri yang ditetapkan
  • Wang taruhan hendaklah dibayar melalui kaedah wang taruhan tunai, bank guarantee dan Jaminan Insuran Takaful Pekerja Asing bagi setiap pekerja asing yang berkhidmat di syarikat berkenaan
  • Pekerja asing hendaklah dilindungi dengan Insuran Pampasan Pekerja dan Insuran perubatan dan hendaklah dibuktikan semasa kontrak perjanjian
  • Hendaklah menyediakan tempat tinggal yang bersesuaian bagi pekerja asing berkenaan
  • Kontrak pekerjaan secara bertulis diantara majikan dan pekerja hendaklah disediakan semasa kontrak perjanjian di Jabatan Buruh
  • Premis yang bersesuaian hendaklah disediakan mengikut aktiviti perniagaan yang telah ditbenarkan
  • Majikan hendaklah menyediakan senarai pekerja tempatan yang berdaftar dan TAP yang diterima

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Isi borang Lesen Pekerja Asing yang boleh di muat turun disini dan hantar ke Kaunter di Jabatan Buruh berserta  :

  • Salinan kad pengenalan/paspot syarikat
  • Salinan paspot pekerja yang dipohonkan
  • Salinan Sijil pendaftaran syarikat (Form X)/16 & 17
  • Salinan surat kebenaran daripada agensi kerajaan yang berkenaan (yang berkenaan sahaja). Bagi aktiviti pembinaan , hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran kontraktor yang di keluarkan oleh ABCi
  • Salinan Clearance Letter daripada Jobcentre Brunei
  • Salinan sijil yang bersamaan dengan pekerjaan jika pekerjaan berkenaan memerlukan sijil kelayakan
Attachments