Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Mendapatkan Pas Masuk ke Taman...

Permohonan Mendapatkan Pas Masuk ke Taman Negara Ulu Temburong


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Taman dan Hutan Kemasyarakatan, Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan khusus bagi pekerja dibawah Agen Pelancongan yang hendak membawa masuk Pelawat ke Taman Negara Ulu Temburong.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Agen Pelancongan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
  • Pekerja yang masih sah bekerja di bawah Agen Pelancongan yang berkenaan.
  • Jika ada pekerja yang tamat tempoh perkhidmatan ataupun ada kemasukkan pekerja baru, Agen Pelancongan hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Taman dan Hutan Kemasyarakatan bagi proses menamatkan pas yang sedia ada atau menyediakan pas yang baru.

Pembayaran Perkhidmatan :

  • Setiap permohonan pas akan dikenakan bayaran sejumlah $3.00

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Agen Pelancongan menghadapkan permohonan secara bertulis kepada :
    • Pengarah Perhutanan, Jabatan Perhutananm Tingkat 2, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 
  • Pekerja Agen Pelancongan dikehendaki untuk mengisi borang permohonan bagi mendapatkan pas masuk ke Taman Negara Ulu Temburong yang telah disediakan oleh Jabatan. 
  • Borang Permohonan yang sudah lengkap diisi berserta dengan salinan resit pembayaran dan sekeping gambar paspot akan diproses bagi pengeluaran pas.
  • Pas bolehlah diambil oleh wakil Agen Pelancongan selepas empat (4) hari waktu berkerja setelah ditandatangani oleh Pengarah Perhutanan.
Attachments