Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan dengan...

Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan dengan pembayaran Pendahuluan Cukai (Form 2)


Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber dan Pelancongan. 

Lesen ini adalah bagi kebenaran untuk mengambil hasil hutan dengan syarat-syarat tertentu.


Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Pemohon hendaklah warganegara Brunei atau Penduduk Tetap.
  • Hasil hutan tidak boleh diniagakan.
  • Lesen hanya diberikan selepas semua syarat dipenuhi. 
  • Pemohon mesti menyatakan jumlah banyak dan jenis hasil hutan yang diambil.
  • Pemohon hendaklah membayar cukai dan yuran perkhidmatan sebelum lesen Form 2 dikeluarkan.
  • Lesen hanya sah selama satu (1) Bulan.
Pembayaran Pendaftaran :

  • Jumlah cukai tertakluk kepada jenis hasil hutan
  • $10.00 (bayaran yuran perkhidmatan bagi setiap permohonan)

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Menerima dan meneliti borang permohonan di kaunter daripada pemohon (Borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon). Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
  • Pemeriksaan dibuat dilapangan untuk kiraan cukai.
  • KIraan cukai disemak dan disahkan oleh Ketua Cawangan Unit Perkilangan Papan.
  • Permohonan disemak bagi sokongan Ketua Unit Permit dan Lesen.
  • Permohonan dibenarkan oleh Pengarah Perhutanan.
  • Kerja membuat cop arrow atau cop jelas dijalankan oleh Unit Perkilangan Papan.
Attachments