Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Permohonan Sijil/Permit Halal

Permohonan Sijil/Permit Halal


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah bagi permohonan sijil halal keatas peniaga yang menyediakan permakanan untuk kedai makan atau kantin. Termasuk didalam kategori ini adalah individu yang menjalankan perniagaan penjualan permakanan daripada rumah terus kepada pelanggan yang membuat tempahan dan bukannya diedarkan kepada pemborong atau peniaga runcit.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

Borang dan keterangan lanjut boleh dilayari disesawang berikut :


Manakala senarai semak boleh didapatkan disini.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi borang sijil halal yang mana bolih dimuat turun disini

atau Borang permohonan bolih diperolehi daripada kaunter berikut :

Bahagian Kawalan Makanan Halal
Jabatan Hal Ehwal Syari’ah
Tkt 2, Jalan Elizabeth II,
Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama)
Bandar Seri Begawan. BS3510
Negara Brunei Darussalam
Phone: (673) 2242565 – 72 (Ext – 106, 107, 115, 158, 163, 164 (Off)
Fax: (673) 2223106

Cawangan Daerah:
Tutong: (673) 4221486
Fax: (673) 4221028
Temburong: (673) 5222034
Belait: (673) 3334347
 

Borang Sijil Halal hendaklah disertakan bersama dokumen berikut :

a. Salinan Kad Pengenalan / Paspot Pemohon / Pemilik & Penyelia Makanan Halal

b. Gambar Pemilik & Penyelia Makanan Halal berukuran pasport (2 keping seorang)

c. Sijil Kesihatan Penyelia Makanan Halal/Surat Pengakuan Hospital Menjalani Peperiksaan Kesihatan/Surat Perjanjian Doktor

d. Salinan Lesen Rampaian / Lesen Perniagaan Syarikat (jika ada dan masih sah dipakai)

e. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (16/17) atau Borang X

f. Pelan Premis Perniagaan (Lakaran)

g. Peta Lokasi Tempat Perniagaan (Lakaran)

h. Senarai Menu Makanan dan Minuman

i. Senarai Bahan Ramuan yang digunakan dan dihidangkan

j. Salinan Muka Surat Senarai Isi Kandungan Fail Pensijilan Halal

Dokumen-Dokumen Tambahan:

Salinan Sijil Halal / Surat Pengakuan Halal bagi Semua Bahan Ramuan dan Bahan Pembungkusan yang diperlukan

Sijil / Surat Pengakuan jenis Bahan Pembungkusan

Lain-lain dokumen (jika ada): 

Hazard And Critical Control Point (HACCP) / Good Manufacturing Practices (GMP) / Good Hygiene Practices (GHP) / International Standard Organisation (ISO) / Total Quality Management (TQM) / Veterinary Health Mark (VHM) / Veterinary  Inspection Logo (LPV) dan lain-lain.

Senarai Semak Permohonan :

Senarai semak yang telah lengkap bolih dimuat turun dipautan berikut :

Attachments