Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Daftar untuk Ujian Pemilihan Calon Sekolah...

Daftar untuk Ujian Pemilihan Calon Sekolah Arab


Melalui Jabatan Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah Arab menawarkan pelajar yang mempunyai kelebihan untuk menerima pendidikan ugama dalam bahasa Arab bersama dengan kurikulum kebangsaan. Senarai sekolah Arab boleh didapati di sini.

Perkhidmatan ini adalah bagi ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengambil  Ujian Pemilihan Calon Sekolah Arab (PCKSA).

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Islam -Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  • Kebenaran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Sijil Kelahiran yang sah 
  • Sijil Kerakyatan yang sah (jika berkenaan).
  • Kanak-kanak berumur tidak lebih dari 12 tahun pada 1 Januari.
  • Menghadiri sekurang-kurangnya Tahun 4 di Sekolah Rendah / Sekolah Rendah Swasta dan Sekolah Rendah 2 di Sekolah Agama.
 Bagi calon yang bertukar agama Islam atau Muallaf :

  • Ibu bapa mestilah subjek Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk Tetap Brunei Darussalam dengan Kad Pengenalan Ungu.
  •  Calon dan kedua orang tua adalah berugama Islam atau Muallaf selama tidak lebih dari 10 tahun.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Sila dapatkan borang pendaftaran di sekolah ugama tempat anak belajar nanti. Borang ini biasanya diedarkan pada minggu kedua Januari dan pendaftaran akan dibuka sehingga akhir bulan Februari.
  2.  Isi borang dan dihantar kepada sekolah ugama yang di pilih. Awda perlu mempunyai dan menyediakan:
    • 1 salinan Sijil Kelahiran pemohon.
    • 1 salinan Sijil Kerakyatan pemohon.  (Jika berkenaan). 
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar ibu bapa / penjaga.
    • 1 salinan Sijil Kerakyatan ibu bapa / penjaga.  (Jika berkenaan). 
    • 1 salinan Sijil Anak Angkat bagi pemohon (Jika berkenaan). 
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar bagi Ibu Bapa Angkat pemohon (Jika berkenaan). 
    • 1 salinan Sijil Pertukaran Agama bagi yang telah bertukar ke agama islam.
  1. Pemohon akan dimaklumkan melalui sekolah agama masing-masing mengenai status pendaftaran mereka
  2. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada berita melalui radio dan TV. Keputusan individu boleh didapati dari sekolah ugama atau melalui SMS untuk calon atau ibu bapa yang mendaftar untuk menerima keputusan peperiksaan melalui SMS. Sila klik Sini untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai perkara ini.
Attachments