Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Kemasukan Permulaan Sekolah Ugama Kerajaan...

Kemasukan Permulaan Sekolah Ugama Kerajaan


Di bawah 'Compulsory Religious Education Order 2012', Pendidikan ugama wajib dipelajari bagi anak-anak yang berumur dari 7 hingga 8 tahun. Ibu bapa yang berugama islam mesti memastikan anak-anak mereka didaftarkan di sekolah ugama.

Perkhidmatan ini adalah bagi ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka permulaan ke sekolah ugama kerajaan.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun, dilahirkan antara 1 April dan 31 Mac.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Sila datang ke sekolah ugama kerajaan pilihan awda dan dapatkan borang permohonan SRK (Sekolah Rendah) atau SRS (Sekolah Swasta / sekolah swasta). Senarai sekolah ugama boleh didapati di sini.
  2. Isi borang dan sila kembalikan ke sekolah yang dipilih. Awda perlu mempunyai dan menyediakan:
    • Dua (2) salinan sijil kelahiran pemohon
    • Dua (2) salinan kad pengenalan pintar ibu bapa / penjaga
    • Empat (4) keping gambar ukuran paspot pemohon
  1. Pendaftaran ke kelas pra-ugama di Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei bermula pada permulaan tahun akademik sekolah.
Attachments