Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Service List BM

Service List BM - Tempah Tempat bagi Sukan dan Kemudahan Riadah...

Tempah Tempat bagi Sukan dan Kemudahan Riadah


Sebagai Perkongsian Awam Swasta dengan Telekom Brunei Berhad (Telbru), Jabatan Perbendaharaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah melaksanakan sistem atas talian, 'Facilities Rental System' (FRS) bagi orang awam untuk menempah tempat  sukan dan kemudahan riadah.

Kemudahan bagi orang awam dan tempat bersukan seperti padang bola sepak, bola jaring dan gelanggang badminton, bilik persidangan dan dewan boleh ditempah dan dibayar secara atas talian.

Ini adalah perkhidmatan secara Atas Talian

Start

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Layari www.12book.com.bn atau tekan butang"Start" di atas.
  2. Sila daftar dan berikan maklumat yang diperlukan. Panduan pendaftaran pengguna boleh didapati di laman sesawang atau anda boleh melihatnya di sini.
  3. Log masuk sebaik sahaja awda berjaya mendaftar.
  4. Cari kemudahan yang awda hendak tempah dan pilih slot masa pilihan awda. Panduan tempahan boleh didapati di laman sesawang atau awda boleh melihatnya di sini.
  5. Sila pastikan awda membayar secara atas talian dan muat turun resit awda. Awda juga akan menerima emel mengenai tempahan yang telah dibuat. 
  6. Sila hadapkan resit awda ke kaunter kemudahan pilihan awda pada slot waktu yang telah ditentukan.

Attachments