Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Service List BM

Membaharui Lesen Memandu


Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dibawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Perkhidmatan boleh didapati secara online dan offline

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan 

  • Pemegang Lesen Memandu Kelas 1 dan 3 sahaja.
  • Tidak termasuk pemegang Lesen Memandu yang dikecualikan daripada membayar.
  • Bolih membaharui sebulan (1) sebelum tempoh Lesen Memandu tamat kecuali pada hari Lesen Memandu berakhir.
  • Jika pemohon belum pernah bergambar :
    • Hendaklah mengunjungi dimana-mana cawangan JPD untuk sesi bergambar
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  • Telah mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam.
  • Sila klik sini jika belum membuat pendaftaran akaun e-Darussalam atau klik sini untuk mengetahui mengenai Pengaktifan akaun e-Darussalam.
  • Mempunyai emel akaun yang aktif.
  • Pembayaran
    • Penghantaran melalui Pos :
      • Tambahan $3.00 akan dikenakan bagi penggunaan perkhidmatan pos laju.
                       
Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Langkah 1 : Mendaftar akaun e-Darussalam
  • Langkah 2 : Aktifkan akaun e-Darussalam
    • Setelah selesai membuat pendaftaran secara online pemohon dikehendakki untuk membuat pengaktifan akaun e-Darussalm ke kaunter Aktivasi akaun e-Darussalam.
    • Pemohon dikehendakki untuk membawa Kad Pintar bagi pengesahan.
    • Setelah membuat pengaktifan, kata laluan akan di hantar melalui emel akaun pemohon. Pemohon dikehendakki untuk menukar kata laluan dengan segera.
  • Langkah 3 : Pilih perkhidmatan JPD yang dikehendakki
    • Klik sini atau tekan punat "Start" diatas.
    • Log masuk ke akaun e-Darussalam dengan memasukkan no kad pintar dan kata lalun akaun e-Darussalam.
    • Klik "I am not exempted from fee payment for driving license renewal"
    • Pilih tempoh pembaharuan
    • Pilih tempat mengambil Lesen Memandu
    • Klik "Submit" setelah selesai mengisi maklumat yang dikehendakki.
    • Sila ambil maklum akan nombor rujukan permohonan
  • Langkah 4 : Pembayaran
    • Bagi pembayaran menggunakan Credit Card, Debit Card atau Cash Card
      • Setelah selesai membuat pembayaran, emel akan dihantar bagi memaklumkan dimana tempat mengambil Lesen Memandu. Sila lihat Langak 5.
    • Bagi pembayaran tunai
      • Pemohon dinasihatkan untuk mengunjungi 'Online Terminal" di Ibu Pejabat JPD Jalan Beribi atau mana-mana cawangan JPD untuk membuat pembayaran.
      • Permohonan Lesen Memandu akan di batalkan jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.
  • Langkah 5 : Pengambilan
    • Pemohon bulih memilih untuk mengambil Lesen Memandu yang telah diperbaharui di "Online Terminal" di Ibu Pejabat JPD Jalan Beribi atau mana-mana cawangan JPD atau memohon penghantaran melalui Pos.
Attachments