Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi permohonan membaharui lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap / Asing.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke Tingkat Bawah, Kaunter Perkhidmatan Jabatan Buruh.
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan asal Lesen mengambil dan menggaji pekerja-pekerja asing
- Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan slip gaji terkini pemohon
- Salinan surat kebenaran untuk pesara
- Salinan sijil kelahiran dan / atau kad pengenalan untuk kanak-kanak atau ahli keluarga lain yang tinggal di rumah yang sama
-
Salinan kad pengenalan ibu / bapa / ibu mertua / bapa mertua sekiranya permohonan lesen ini adalah dimaksudkan untuk kes yang disebutkan di sini (Kebenaran Khas)
-
Salina slip gaji terkini pasangan (jika diperlukan untuk meyokong permohonan)
-
2 salinan Borang Pengecualian (jika berkenaan)
- Dokuman Tambahan Permohonan Warga Asing :
- Salinan kontrak perkhidmatan atau surat tawaran dari Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Salinan kontrak perkhidmatan antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Buruh
- Cadangan Pas Kerja yang diluluskan (BUR500 / BUR555) oleh Jabatan Buruh.