Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Permohonan ini dikhaskan kepada Syarikat-Syarikat ataupun Individu yang dibenarkan yang memiliki barangan hasil produk daripada perkayuan yang diekspot sahaja.
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian
- Bagi pendaftaran melalui Sistem atas Talian
Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) disarankan untuk datang mendaftar ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Alamatnya seperti berikut :
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
Prosedur Manual
- Permohonan permit ekspot barangan kayu hendaklah dihadapkan pada waktu kaunter dibuka pada hari-hari bekerja bagi Jabatan Kerajaan iaitu :
- Hari Isnin - Khamis
- Jam 8 Pagi hingga 11.45 pagi
- Jam 1.45 pagi hingga 3 petang
- Hari Sabtu
- Jam 8 Pagi hingga 10 Pagi
- Permit Ekspot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
- Permit Ekspot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
- Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Ekspot bersama Borang Permohonan berdasarkan kategori barangan seperti berikut :
-
Senarai Produk A [Semua Produk Perkayuan]
- Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
- Salinan Sijil Kesahihan/Surat daripada Jabatan Perhutanan (Jika perlukan oleh Negara pengimpot)
- Salinan Sijil Fitosanitasi/Inbois Pembersihan (Jika diperlukan oleh Negara Pengimpot).
- Salinan Surat Kebenaran Mengekspot Produk daripada Jabatan Perhutanan.
- Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
- Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
-
Senarai Produk B [Spesis Produk Perkayuan yang tersenarai di Negara yang berkenaan]
-
Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
-
Salinan permit Negara daripada Autoriti Negara Brunei
-
Salinan Laporan Pengesahan Pemeriksaan Fizikal daripada Unit Hiliran Industri (Downstream Industry Unit-DIU)
-
Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
-
Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
Prosedur atas Talian
- Permohonan diterima melalui Sistem BDNSW. Klik
disini bagi maklumat lanjut mengenai tatacara permohonan atas Talian melalui sistem
BDNSW.
-
Permit Ekspot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
-
Permit Ekspot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
-
Pemohon dikehendaki untuk memuat naik salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Ekspot berdasarkan Kategori Barangan seperti berikut :
-
Senarai Produk A [Semua Produk Perkayuan]
- Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
- Salinan Sijil Kesahihan/Surat daripada Jabatan Perhutanan (Jika perlukan oleh Negara pengimpot)
- Salinan Sijil Fitosanitasi/Inbois Pembersihan (Jika diperlukan oleh Negara Pengimpot).
- Salinan Surat Kebenaran Mengekspot Produk daripada Jabatan Perhutanan.
- Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
- Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
-
Senarai Produk B [Produk Perkayuan didalam Senarai Spesis CITES]
- Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
-
Salinan permit Negara daripada Autoriti Negara Brunei
- Salinan Laporan Pengesahan Pemeriksaan Fizikal daripada Unit Hiliran Industri (Downstream Industry Unit-DIU)
- Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
- Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
- Permohonan akan disemak (Verifier) terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh pihak yang meluluskan (Approver).
- Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
- Permohonan yang lengkap akan dihadapkan kepada Pegawai yang akan meluluskan (Approver) untuk kebenaran.
- Sekiranya permit ekspot yang dikeluarkan belum digunakan dan perlu penyambungan, pemohon perlu menghadapkan ke Unit Permit & Lisen untuk penyambungan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mansuh.