Borang ini dikendalikan oleh Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi memastikan majikan menyediakan tempat pekerjaan dan tempat tinggal pekerja yang teratur dan selaras dengan kehendak undang-undang.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Borang hendaklah diisikan sebanyak 3 salinan dan hendaklah ditaip.
- Setiap majikan hendaklah mengisikan borang pengesahan alamat yang berlainan bagi setiap jenis kegiatan syarikat mengikut rujukan PJB
- Majikan hendaklah menyertakan perjanjian penyewaan tempat yang masih sah
- Tempat kegiatan hendaklah di bangunan/kawasan komersial
- Jika tempat aktiviti perniagaan di atas tanah persendirian, hendaklah mempunyai syarat khas tanah bagi perniagaan sampingan
- Tempat aktiviti perniagaan hendaklah tidak ditempatkan di Rancangan Perumahan Negara/Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dan Kampong Ayer
- Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini jika ada sebarang tambahan alamat perniagaan, Pejabat atau Cawangan
- Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini setiap 2 tahun
- Borang ini boleh dihadapkan oleh majikan sendiri atau agensi pekerjaan yang berdaftar
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Borang Pengesahan Alamat ini boleh di muat turun disini.
- Borang permohonan yang tidak lengkap diisikan, tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan menggunakan borang yang diubahsuai tidak akan diterima.
- Borang hendaklah dihantar sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dihadapkan.
- Sekiranya salah satu alamat tidak diperakui sah maka Lesen Pekerja Asing boleh dibatalkan serta merta.