Permohonan Peminjaman Dewan dan Kelengkapan di Daerah Tutong
| Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Daerah Tutong dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi yang berhasrat untuk meminjam Dewan dan Kelengkapan di Daerah Tutong.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tidak kurang Satu (1) bulan sebelum menggunakan gelenggang tersebut.
- Untuk penganjuran sebarang aktiviti yang melibatkan pembinaan pentas, penganjur diminta menyediakan pelan dan memasang pelapik (Terraplas) di dalam kawasan dewan dan khalayak ramai.
- Bagi kegiatan-kegiatan aktiviti yang memerlukan permit/lesen/kebenaran daripada Agensi-Agensi yang berkaitan (contohnya Bahagian Perlesenan, Polis dan sebagainya) pengguna hendaklah mendapat kebenaran pihak berkenaan terlebih dahulu.
- Penyewaan dewan tidak akan dibenarkan bagi tujuan sebarang perhimpunan yang berbentuk politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh Kerajaan.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini - Pemohon dikehendaki mengisi Borang Peminjaman Dewan yang boleh dimuat turun disini dan dihantarkan ke :
- Tingkat 3, Bahagian Pentadbiran, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 4222491/4222492/4222493 semasa waktu berkerja.
| Attachments |
|
|