Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Perumahan dibawah Kementerian Pembangunan bagi orang ramai yang ingin memohon perumahan dibawah Skim Perumahan Negara
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Pemohon mestilah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh borang permohonan ini dikeluarkan dan mempunyai tanggungan
- Pemohon atau suami/isteri tidak mempunyai tanah bergeran atau mempunyai tanah bergeran yang tidak dapat dimajukan mengikut kriteria-kriteria Kerajaan yang tertentu dan tertakluk kepada pengesahan.
- Pemohon mestilah berpendapatan tidak kurang daripada $445.00 dan tidak melebihi daripada $3,030.00
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Semasa menghantar borang permohonan hendaklah disertakan barsama salinan bergambar dokumen seperti berikut :
- Salinan Kad Pintar pemohon suami/isteri
- Salinan Sijil Nikah/ Kahwin/ Cerai
- Surat Lantikan Bergaji Bulan/ Bergaji Hari jika bekerja dengan Kerajaan
- Surat pengesahan bekerja daripada Majikan/ Firma jika bekerja dengan Swasta
- Lesen Perniagaan bagi pemohon yang berniaga sendiri
- Surat tawaran melanjutkan pelajaran daripada pihak Universiti/ Institut Teknologi/ Maktab Jururawat/ Kolej Perguruan dan mana-mana Institut Pengajian Tinggi samaada di dalam dan di luar negeri iaitu kursus HND ke atas.
- Borang Permohonan boleh dimuat turun
disini