Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Perkhidmatan ini hanya khusus untuk Syarikat Kilang Papan dan Pengusaha Bakau.
Pembayaran :
- $100 - Bayaran yuran perkhidmatan bagi setiap permohonan
- $10,000.00 - Wang pendahuluan
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Mengisikan borang (Borang JPH12/2000). Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Hantar borang yang sudah lengkap ke :
- Unit Perkilangan Papan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan, Bangunan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
- Lesen hanya dikeluarkan setelah bayaran di atas sudah dibayar dan segala tunggakan hutan dijelaskan terlebih dahulu.
- Lesen hanya sah untuk tempoh enam (6) bulan sahaja dan hendaklah diperbaharui dua (2) bulan sebelum tarikh mansuh.
- Pemegang lesen mesti mematuhi sebarang syarat yang telah diperuntukkan khas masing-masing dan juga tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Hutan Penggal 46, Undang-Undang Brunei.