Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Perkhidmatan ini hanya khusus untuk pemegang lesen bakau yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Perhutanan sahaja.
Pembayaran :
- Bayaran perkhidmatan sebanyak $100.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan bagi 1,500 batang jeras bakau yang di cop jelas.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Mengisikan borang (Borang JPH8/2000).
- Hantar borang yang sudah lengkap ke :
- Unit Perkilangan Papan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan, Bangunan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
- Borang hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum kerja-kerja penandaan pokok dijalankan. Hendaklah menyertakan salinan Pas Kerja (Sub Lesen) pekerja.
- Kebenaran hanya sah untuk tempoh sati (1) bulan sahaja.