Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi kebenaran untuk mengajar di Institusi Pendidikan Swasta (Formal & Tudak Formal) bagi seseorang yang tidak berdaftar sebagai guru mengikut kategori Permit to Teach.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
Syarat-syarat:
- Guru pelatih mengikuti penempatan di Institusi Pendidikan Swasta;
- Guru sementara (termasuk guru sambilan yang masih dalam pengajian);
- Permohonan sebagai guru yang masih dalam pemprosesan.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
Menghadapkan secara bersurat permohonan sebagai Permit to Teach dengan menyertakan perkara-perkara berikut :
- Dua (2) set borang Application for Registration as a Teacher [Second Schedule (Form B)];
- Dua (2) keping gambar berukuran pasport;;
- Salinan Kad Pengenalan Pintar (termasuk warga asing yang mempunyai kad pintar);
- Salinan Pasport (bagi warga asing sahaja);
- Salinan sijil kelulusan akademik tertinggi (jika diploma ke atas, salinan transkrip perlu disertakan);
- Penyata Diri;
- Lain-lain dokumen yang berkaitan;
- Salinan surat pengiktirafan dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) bagi permohonan sebagai pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Swasta;
- Salinan Surat Tauliah Kebenaran Majlis Ugama Islam Brunei kepada permohonan bagi mengajar Al-Quran, Bahasa Arab dan Ugama;
- Dua (2) surat sokongan (letter of commendations) sepertimana yang dikehendaki di dalam borang Application for Registration as a Teacher [Second Schedule (Form B)].
Note :
Borang Registration as a Teacher [Second Schedule (Form B)] boleh dimuatturun disini