Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Service List BM

Permohonan bagi Penubuhan Baru Institusi Pendidikan Swasta (IPS)


Pendaftaran bagi menubuhkan institusi pendidikan swasta di Negara Brunei Darussalam


Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.


Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  •    Institusi Pendidikan Swasta yang Resmi (Formal):
  1. Dibukakan kepada warganegara Brunei sahaja;
  2. Berusia 18 tahun ke atas;
  3. Tidak mempunyai rekod muflis.
  •    Institusi Pendidikan Swasta yang Tidak Resmi (Non-Formal):
  1. Dibukakan kepada warganegara Brunei dan penduduk tetap sahaja;
  2. Berusia 18 tahun ke atas;
  3. Tidak mempunyai rekod muflis.
      Yuran

  •    Institusi Pendidikan Swasta yang Resmi (Formal):

              Jenis                                      Bayaran Pendaftaran Baru

               Tadika                                                $200.00
               Rendah                                              $300.00
               Menengah                                         $300.00
               Kolej                                                  $300.00

  •     Institusi Pendidikan Swasta yang Tidak Resmi (Non-Formal):

               Bayaran Pendaftaran Baru$400.00

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Institusi berkenaan hendaklah menghadapkan permohonan secara bersurat  dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut : 

  1. Borang Permohonan Penubuhan Baru Institusi Pendidikan Swasta [First Schedule (Form A)]; 
  2. Kad Pengenalan Pintar Pemohon;
  3. Kad Pengenalan Pengurus
  4. Sijil Kelulusan Tertinggi Pemohon
  5. Sijil Kelulusan Tertinggi Pengurus
  6. Gambar 4 penjuru Luar bangunan / premis termasuk tempat letak kereta dan jalan keluar masuk (access road) ke bangunan berkenaan;
  7. Pelan Lokasi Premis;
  8. Pelan Bangunan Asal
  9. Pelan Lantai (Floor Plan) / Tapak Premis (Premise site);
  10. Geran Syarat Tanah;  
  11. Sijil Kesiapan (Occupational Permit) (OP) Bangunan / Premis asal
  12. Penyata sumber modal atau penyata kewangan 3 tahun;
  13. Surat kebenaran daripada majikan pemohon bagi yang masih bekerja (Kerajaan  / swasta)

Nota : 

Borang Registration of Educational Institution  [First Schedule (Form A)] boleh didapati dialamat berikut :

    Kementerian Pendidikan
    Jalan Aiport Lama, Berakas BB3510
    Negara Brunei Darussalam.
  
atau boleh dimuatturun disini

Attachments