Perkhidmatan ini adalah untuk ahli-ahli perniagaan yang berminat menjadi pengimpot komersial haiwan, produk haiwan dan makanan haiwan. Perkhidmatan ini disediakan oleh Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian & Agrimakanan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Ini adalah Perkhidmatan Kaunter / Manual
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
Mempunyai Sijil Pendaftaran Nama-Nama Akta Perniagaan (Seksyen 16 & 17) yang sah.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Sila dapatkan borang "AB/F/01" di kaunter Permit Impot, Divisyen Biosekuriti, Jabatan Pertanian & Agrimakanan. Alamatnya seperti di bawah:
Divisyen Biosekuriti
Tingkat 1,
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Jalan Menteri Besar
Bandar Seri Begawan BB3910
Brunei Darussalam.
Nota: Awda boleh juga emel kepada "biosecurity.division@mprt.gov.bn" untuk mendapatkan borang permohonan.
- Sila isi borang permohonan dan awda perlu mempunyai dan menyediakan salinan dokumen seperti dibawah:
- 1 salinan gambar ukuran paspot bagi pemohon
- 1 salinan kad pengenalan pintar atau paspot ahli-ahli dalam Syarikat.
- 1 salinan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Akta Perniagaan (Seksyen 16 & 17)
- 1 salinan borang X, jika berkenaan.
- Sila hantar borang yang lengkap diisi bersama dengan salinan dokumen seperti yang dinyatakan di atas.
- Permohonan yang diterima akan mengambil masa selama 6 hari waktu bekerja untuk di proses. Surat akan dikirimkan kepada pemohon tentang status permohonan.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila tekan di
sini atau hubungi 238 2822 ext. 2014.