Manage PermissionsManage Permissions

Pendaftaran bagi 'Brunei Healthcare Information Management System' (BruHIMS)


Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Kesihatan bagi sesiapa yang hendak mendaftar BruHIMS secara atas talian dan manual.


Ini adalah perkhidmatan secara Atas Talian dan Kaunter/Manual

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Terbuka kepada semua Orang Awam (Warganegara Brunei. Penduduk Tetap dan Warga Asing). Umur tidak terhad.
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  • Pendaftaran melalui Atas Talian
  • Muat Naik salinan Kad Pengenalan Pintar Brunei (IC)
  • Muat Naik salinan Paspot (Bagi Warga Asing)

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

1. Prosedur Kaunter/Manual

  • Orang awam disarankan untuk mendaftar di Hospital atau Pusat Kesihatan yang terdekat pada bila-bila masa pada waktu Pejabat dengan membawa bersama perkara berikut :
    • Kad Pengenalan Pintar Brunei (IC) 
    • Jika anda mendaftarkan bagi pihak ahli keluarga anda atau orang lain, sila bawa salinan Kad Pengenalan Pintar Brunei (IC) 
  • Dapatkan borang pendaftaran BruHIMS di Kaunter Pendaftaran atau boleh memuat turun melalui pautan berikut :
  • Lengkapkan dan hantar borang BruHIMS berkenaan di Kaunter Pendaftaran bersama Kad Pengenalan Pintar Brunei atau pun salinannya.
2. Prosedur Atas Talian

  • Mendaftar melalui Applikasi Mudah dengan memuat turun App Bru-HIMS dari Play Store untuk pengguna Android dan Apple Store untuk pengguna Apple.
  • Buka Play App Store atau Apple Store dan cari "BruHIMS".
  •  Klik "Install" untuk memuat turun Applikasi BruHIMS berkenaan.
Attachments