Manage PermissionsManage Permissions

BUR302A: Permohonan Tambahan Bagi Lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  bagi permohonan tambahan bagi lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap / Asing.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
  • Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke Tingkat Bawah, Kaunter Perkhidmatan Jabatan Buruh.
  • Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Salinan asal lesen menggambil dan menggaji pekerja-pekerja asing
    • Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan
    • Salinan slip gaji terkini pemohon
    • Borang butiran kewangan yang lengkap (BUR300)
    • Surat menerangkan keperluan tambahan
    • Salinan surat kebenaran untuk pesara
    • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / ibu mertua / bapa mertua sekiranya permohonan lesen ini adalah dimaksudkan untuk kes yang disebutkan di sini (Kebenaran Khas)
    • Salina slip gaji terkini pasangan (jika diperlukan untuk meyokong permohonan)
    • Salinan sijil kelahiran dan / atau kad pengenalan untuk kanak-kanak atau ahli keluarga lain yang tinggal di rumah yang sama
    • 2 salinan Borang Pengecualian (jika berkenaan)
  • Dokumen Tambahan Permohonan Warga Asing :
    • Salinan kontrak perkhidmatan atau surat tawaran dari Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
    • Salinan kontrak perkhidmatan antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya atau Jabatan Buruh
    • Cadangan Pas Kerja yang diluluskan (BUR500 / 555) oleh Jabatan Buruh.
Attachments