Manage PermissionsManage Permissions

Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan


Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Kesihatan iaitu sebuah program pemeriksaan kesihatan di peringkat kebangsaan untuk mengesan dan mencegah penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi agar rawatan dapat diberikan lebih awal dan lebih berkesan.


Ini adalah perkhidmatan secara Atas Talian dan Kaunter/Manual

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Terbuka kepada Warganegara dan Penduduk Tetap di Negara Brunei Darussalam yang berusia 40 Tahun dan ke atas.
  • Tidak mempunyai perjanjian berterusan di Pusat/Klinik Kesihatan atau Klinik Pakar di Hospital bagi masaalah berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit, termasuklah seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan strok.
  • Hendaklah mempunyai akaun BruHIMS
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  • Telah mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam.
  • Sila klik sini jika belum membuat pendaftaran akaun e-Darussalam atau klik sini untuk mengetahui mengenai Pengaktifan akaun e-Darussalam.
  • Mempunyai emel akaun yang aktif.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

1. Prosedur Kaunter/Manual

  • Dapatkan borang pendaftaran di kaunter resepsi di mana-mana pusat kesihatan di Negara ini.
  • Borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke dalam Peti Pelanggan Kementerian Kesihatan yang telah disediakan.
2. Prosedur Atas Talian

  • Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu dari dua (2) cara berikut :
    • Memuat turun borang penyertaan dari laman sesawang www.ppkk.gov.bn dan menghantar borang yang telah lengkap diisi melalui emel ke health.screening@moh.gov.bn
    • Mendaftar secara on-line melalui pautan PPKK menggunakan akaun e-Darussalam (jika ada).
Attachments