Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan bagi satu Pas Bekerja (Borang 23)


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  bagi permohonan satu Pas Bekerja

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Mana-mana warganegara asing yang berhasrat untuk berkerja di Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran visa berkerja terlebih dahulu sebelum mebuat perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dokumen-dokumen yang diperlukan  :
    • Bagi Warganegara Singapura dan Malaysia
      • Borang 23 (Borang boleh di muat turun disini).
      • Surat Permohonan dari majikan/penjamin
      • 2 keping gambar terkini
      • Salinan Kad Pengenalan
      • Borang BUR500 Jabatan Buruh (Asal dan Salinan)
      • Lesen pengambilan Pekerja Asing dari Jabatan Buruh (Asal dan Salinan)
      • Pesanan Kerja (Job Order) dari Jabatan Buruh
      • Kad wakil Agensi Perkerjaan
    • Bagi Warganegara Asing Yang Lain
      • Borang 23 (Borang boleh di muat turun disini).
      • Surat Permohonan dari majikan/penjamin
      • Borang Visa
      • 2 keping gambar terkini
      • Borang BUR500 Jabatan Buruh (Asal dan Salinan)
      • Lesen pengambilan Pekerja Asing dari Jabatan Buruh (Asal dan Salinan)
      • Pesanan Kerja (Job Order) dari Jabatan Buruh
      • Kad wakil Agensi Perkerjaan
  • Tatacara Menghadapkan Permohonan
    • Wakil agensi pekerjaan terlebih dahulu menghadapkan permohonan Visa dan Pas Kerja ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
    • Surat kebenaran Visa Kerja akan dikeluarkan.
    • Kebenaran Visa Kerja akan disalurkan kepada perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri.
    • Pemohon akan hadir ke Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri beserta dengan dokumen perjalanan, laporan kesihatan dan dokumen yang berkaitan bagi mendapatkan endosmen Visa Kerja.
Attachments