Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Permit Impot Produk Perkayuan


Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi pemohon-pemohon yang ingin mengimpot produk perkayuan dari luar negeri.

Perkhidmatan boleh didapati secara online dan offline

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Permohonan ini dikhaskan kepada Syarikat-Syarikat ataupun Individu yang hendak memohon produk perkayuan dari luar negara.
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian (offline)

  • Bagi pendaftaran melalui Sistem atas Talian Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) disarankan untuk datang mendaftar ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Alamatnya seperti berikut : 
    • Bangunan Jabatan Kastam & Eksais DiRaja
      Kementerian Kewangan dan Ekonomi
      Jalan Menteri Besar
      Bandar Seri Begawan BB3910
      Negara Brunei Darussalam
Pembayaran

  • Setiap permohonan dikenakan yuran perkhidmatan bagi satu 'shipment' melalui Pelabuhan Muara dan penghantaran melalui darat manakala melalui Lapangan Terbang adalah percuma.
  • Tempoh kebenaran selama satu (1) bulan selepas kebenaran.
    • Melalui laut sebanyak BND$40.00 bagi satu (1) konsainmen
    • Melalui darat sebanyak BND$20.00 bagi satu (1) konsainmen (Kuala Lurah, Sungai Tujuh & Temburong (Labu)
    • Melalui Lapangan Terbang adalah percuma

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Prosedur Manual

  • Permohonan permit impot barangan kayu hendaklah dihadapkan pada waktu kaunter dibuka pada hari-hari bekerja bagi Jabatan Kerajaan iaitu :
    • Hari Isnin - Khamis 
      • Jam 8 Pagi hingga 11.45 pagi 
      • Jam 1.45 pagi hingga 3 petang 
    • Hari Sabtu
      • Jam 8 Pagi hingga 10 Pagi
  • Permit Impot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
  • Permit Impot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Impot bersama Borang Permohonan berdasarkan kategori barangan seperti berikut :
    • Produk Yang Auto-Approved (Direct Approval)  : [Plywood, Laminated Flooring, Medium Density Fiverboard, High Density Fiberboard, Particalboard, Door Frames, Window Frames, Solid Timber Flooring, BlockBoard Oriented Strain Board, Moulding, Carving, Wood Furniture Frames, Wood Furniture, Wood Pallet, Wood Chips, Fiverwood and Sawdust]
      • Salinan Resit Permit Impt sudah dijelaskan
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'A' [Kayu Gergaji, Balak Gergaji & Jeras]
      • Salinan Resit Permit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Certificate of Origin/Forest Removal Pass
      • Salinan Certificate of Legality/Surat Perhutanan/Autoriti pihak berkuasa negara pengekspot
      • Salinan Certificate of Phytosanitary/Invoice of FUmigation
      • Salinan Laporan Pengesahan Unit Industri Hiliran
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'B' [Produk Kayu Lain-Lain]
      • Salinan Resit Permit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'C' [Produk Kayu yang termasuk senarai spesis dibawah CITES (Convention on Trade of Endangered Species)]
      • Salinan Resit Permit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Sijil Autoriti CITES dari negara pengeskpot
      • Salinan Laporan pengesahan Unit Industri Hiliran
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
  • Permohonan akan disemak terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh pihak yang meluluskan.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan
  • Permohonan yang lengkap akan dihadapkan kepada pihak yang meluluskan untuk kebenaran
  • Permohonan yang dibenarkan akan membuat pembayaran di Kaunter Kewangan Jabatan Perhutanan dengan membawa 'Printout Summary'
  • Jika Permit Impot yang dikeluarkan belum digunakan dan perlu penyambungan, pemohon perlu menghadapkan ke Unit Permit & Lesen untuk penyambungan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mansuh.
Nota : Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ini sila klik disini.

Prosedur Online

  • Permohonan diterima melalui Sistem BDNSW. Klik disini bagi maklumat lanjut mengenai tatacara permohonan atas Talian melalui sistem BDNSW.
  • Permit Impot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
  • Permit Impot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Pemohon dikehendaki untuk memuat naik salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Impot berdasarkan Kategori Barangan seperti berikut :
    • Produk Yang Auto-Approved (Direct Approval)  : [Plywood, Laminated Flooring, Medium Density Fiverboard, High Density Fiberboard, Particalboard, Door Frames, Window Frames, Solid Timber Flooring, BlockBoard Oriented Strain Board, Moulding, Carving, Wood Furniture Frames, Wood Furniture, Wood Pallet, Wood Chips, Fiverwood and Sawdust]
      • Salinan Resit Permit Impt sudah dijelaskan
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi 
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'A' [Kayu Gergaji, Balak Gergaji & Jeras]
      • Salinan Resit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Certificate of Origin/Forest Removal Pass
      • Salinan Certificate of Legality/Surat Perhutanan/Autoriti pihak berkuasa negara pengekspot
      • Salinan Certificate of Phytosanitary/Invoice of Fumigation
      • Salinan Laporan Pengesahan Unit Industri Hiliran
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'B' [Produk Kayu Lain-Lain]
      • Salinan Resit Permit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
    • Senarai Produk 'C' [Produk Kayu yang termasuk senarai spesis dibawah CITES (Convention on Trade of Endangered Species)]
      • Salinan Resit Permit Impot yang sudah dijelaskan
      • Salinan Sijil Autoriti CITES dari negara pengeskpot
      • Salinan Laporan pengesahan Unit Industri Hiliran
      • Salinan Inbois (Keterangan barangan/isi padu/jumlah/nilai harga)
      • Gambar barangan
  • Permohonan akan disemak (Verifier) terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh pihak yang meluluskan (Approver).
  • Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
  • Permohonan yang lengkap akan dihadapkan (Forward) kepada Approver untuk kebenaran.
  • Permohonan yang dibenarkan akan membuat pembayaran di Kaunter Kewangan Jabatan Perhutanan dengan membawa 'Printout Summary' untuk dilihatkan kepada pihak Kewangan untuk pembayaran.
  • Jika Permit Impot yang dikeluarkan belum digunakan dan perlu penyambungan, pemohon perlu menghadapkan ke Unit Permit & Lesen untuk penyambungan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mansuh.
Attachments