Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Permit Ekspot Produk Perkayuan


Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi pemohon-pemohon yang ingin mengexpot produk perkayuan dari dalam negeri.

Perkhidmatan boleh didapati secara online dan offline

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Permohonan ini dikhaskan kepada Syarikat-Syarikat ataupun Individu yang dibenarkan yang memiliki barangan hasil produk daripada perkayuan yang diekspot sahaja.
Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  • Bagi pendaftaran melalui Sistem atas Talian Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) disarankan untuk datang mendaftar ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Alamatnya seperti berikut : 
    • Bangunan Jabatan Kastam & Eksais DiRaja
      Kementerian Kewangan dan Ekonomi
      Jalan Menteri Besar
      Bandar Seri Begawan BB3910
      Negara Brunei Darussalam

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Prosedur Manual

  • Permohonan permit ekspot barangan kayu hendaklah dihadapkan pada waktu kaunter dibuka pada hari-hari bekerja bagi Jabatan Kerajaan iaitu :
    • Hari Isnin - Khamis 
      • Jam 8 Pagi hingga 11.45 pagi 
      • Jam 1.45 pagi hingga 3 petang 
    • Hari Sabtu
      • Jam 8 Pagi hingga 10 Pagi
  • Permit Ekspot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
  • Permit Ekspot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Ekspot bersama Borang Permohonan berdasarkan kategori barangan seperti berikut :
    • Senarai Produk A [Semua Produk Perkayuan]
      • Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
      • Salinan Sijil Kesahihan/Surat daripada Jabatan Perhutanan (Jika perlukan oleh Negara pengimpot)
      • Salinan Sijil Fitosanitasi/Inbois Pembersihan (Jika diperlukan oleh Negara Pengimpot).
      • Salinan Surat Kebenaran Mengekspot Produk daripada Jabatan Perhutanan.
      • Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
      • Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
    • Senarai Produk B [Spesis Produk Perkayuan yang tersenarai di Negara yang berkenaan]
      • Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
      • Salinan permit Negara daripada Autoriti Negara Brunei
      • Salinan Laporan Pengesahan Pemeriksaan Fizikal daripada Unit Hiliran Industri (Downstream Industry Unit-DIU) 
      • Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
      • Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
Prosedur atas Talian

  • Permohonan diterima melalui Sistem BDNSW. Klik disini bagi maklumat lanjut mengenai tatacara permohonan atas Talian melalui sistem BDNSW.
  • Permit Ekspot hanya sah untuk satu (1) konsainmen sahaja.
  • Permit Ekspot hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Pemohon dikehendaki untuk memuat naik salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Permit Ekspot berdasarkan Kategori Barangan seperti berikut :
    • Senarai Produk A [Semua Produk Perkayuan]
        • Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
        • Salinan Sijil Kesahihan/Surat daripada Jabatan Perhutanan (Jika perlukan oleh Negara pengimpot)
        • Salinan Sijil Fitosanitasi/Inbois Pembersihan (Jika diperlukan oleh Negara Pengimpot).
        • Salinan Surat Kebenaran Mengekspot Produk daripada Jabatan Perhutanan.
        • Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
        • Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
    • Senarai Produk B [Produk Perkayuan didalam Senarai Spesis CITES]
        • Salinan Surat Kebenaran sebagai Pendaftar Ekspot dengan Jabatan Perhutanan
        • Salinan permit Negara daripada Autoriti Negara Brunei
        • Salinan Laporan Pengesahan Pemeriksaan Fizikal daripada Unit Hiliran Industri (Downstream Industry Unit-DIU) 
        • Salinan Inbois (Keterangan Produk /Jumlah/Harga)
        • Rekabantuk/Gambar produk yang hendak di ekspot.
  • Permohonan akan disemak (Verifier) terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh pihak yang meluluskan (Approver).
  • Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan. 
  • Permohonan yang lengkap akan dihadapkan kepada Pegawai yang akan meluluskan (Approver) untuk kebenaran.
  • Sekiranya permit ekspot yang dikeluarkan belum digunakan dan perlu penyambungan, pemohon perlu menghadapkan ke Unit Permit & Lisen untuk penyambungan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mansuh.
Attachments