Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Penyambungan Pembetungan


​Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Pembangunan bagi cadangan kemajuan bangunan/rumah baru dan sedia ada untuk disambungkan ke sistem pembetungan berpusat.

Ini adalah perkhidmatan kaunter  manual dan atas talian

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Orang yang berkelayakan (QP) hendaklah memperolehi surat kebenaran awal untuk penyambungan pembetungan dan kelulusan lukisan rekabentuk kemajuan daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Prosedur Manual

  • Isi borang Permohonan penebukkan dinding lurang / membina lurang baru di atas saluran paip pembetungan Kerajaan dengan menyertakan dokumen berikut :
    • Salinan Lukisan Rekabentuk Pembetungan yang telah disahkan oleh pihak ABCi.
    • Salinan laporan 'Water Tightness and Light Tests' yang telah disahkan oleh QP bagi sistem pembetungan di dalam kawasan tapak yang dimajukan.
  • Hantar borang ke Unit Kawalan Kemajuan (Pembetungan).
Prosedur atas Talian

  • Dapatkan borang disini.
  • Isi borang dan hantar melalui emel ke dcu.dds@pwd.gov.bn dengan melampirkan dokumen berikut :
    • Lukisan susunatur bangunan/rumah
    • Peta pelan ukur RSO
    • Pelan lukisan pembetungan yang diluluskan oleh pihak ABCi.
Attachments