Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Pendaftaran Kematian


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Pendaftaran, Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). 

Permohonan pendaftaran Sijil Kematian bertujuan untuk mendapatkan Sijil Kematian bagi kemudahan menuntut insuran, urusan pembahagian harta pusaka, kahwin baru dan lainnya.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Tempoh Pendaftaran Kematian
    • Pendaftaran kematian adalah disarankan untuk dilaksanakan sebaiknya dalam tempoh masa 12 jam selepas kematian. Pendaftaran kematian tertangguh (3 hari selepas 12 jam) dan pendaftaran kematian lewat (lebih dari 3 hari) akan dicatat jika tempoh pendaftaran dibuat selepas waktu yang disarankan.
  • Orang Yang Mendaftar
    • Kategori bagi mereka yang layak untuk pendaftaran kematian adalah seperti berikut:
      • Ahli keluarga si mati yang mengetahui tentang kematian tersebut
      • Sesiapa yang hadir semasa berlakunya kematian
      • Penghuni rumah yang mengetahui akan kematian tersebut
      • Sesiapa yang menjumpai atau mengendalikan mayat tersebut
Pembayaran :

  • Pendaftaran: Tiada bayaran dikenakan

Denda Kompaun: Berdasarkan kepada BAB 13 Akta Pendaftaran Beranak dan Mati, Penggal 79, sebarang kematian yang gagal didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan, seseorang itu boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih dari BND$500.00.


Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pendaftaran, Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau muat turun borang disini.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan:
    • Bagi kematian yang Mempunyai pengesahan doktor atau pegawai perubatan;
      • Borang pendaftaran kematian
      • Kad pengenalan pintar si mati (Asal dan Salinan)
      • Dokumen perjalanan si mati (bagi warganegara asing) (Asal dan Salinan)
      • Sijil kelahiran si mati(Asal dan Salinan)
      • Kad pengenalan pintar pelapor (Asal dan Salinan).
    • Bagi kematian yang Tidak Mempunyai pengesahan doktor atau pegawai perubatan;
      • Borang Pendaftaran
      • Surat pengesahan kematian dari penghulu atau ketua kampong
      • Kad pengenalan pintar si mati (Asal dan Salinan)
      • Dokumen perjalanan si mati (bagi warganegara asing) (Asal dan Salinan)
      • Sijil kelahiran si mati (Asal dan Salinan)
      • Kad pesakit luar si mati (jika berkenaan)
      • Kad Pengenalan Pintar (Asal dan Salinan).
Attachments