Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan mendapatkan kebenaran menerbitkan majalah dan suratkhabar


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Penerbitan-penerbitan majalah-majalah dan suratkhabar-suratkhabar tempatan adalah dikawal oleh Akta Suratkhabar Tempatan (Penggal 105). Bertujuan untuk mengawal percetakan, penerbitan, pengeluaran dan penjualan suratkhabar di Negara ini. Semua suratkhabar-suratkhabar tempatan hendaklah mendaftar kepada pendaftar Suratkhabar iaitu Setiausaha Tetap KHEDN dan semua suratkhabar tempatan dan luar negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan permit daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Setiap permohonan untuk mendapatkan permit, sama ada untuk menerbit dan mencetak suratkhabar tempatan atau mendatangkan buku/majalah dari luar negeri hendaklah terlebih dahulu membuat bayaran permit.
Pembayaran :

  • Kurang daripada 200 naskah - $50.00
  • 200 hingga 500 naskah - $200.00
  • 501 hingga 1,000 naskah - $500.00
  • 1,001 hingga 4,000 naskah - $1,000.00
  • Lebih daripada 4,000 naskah - $15,000.00

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN, atau muat turun borang disini.
  • Maklumat-maklumat mengenai pemohon, sidang redaksi, pengarang, pengurus dan lain-lain hendaklah dilengkapkan.
  • Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dan dihantar terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN tidak kurang tiga (3) bulan sebelum tarikh penerbitan itu hendak dimulakan.
  • Contoh atau 'dummy' Majalah/Suratkhabar yang hendak diterbitkan hendaklah disertakan dalam tiga (3) salinan.
  • Menjelaskan bayaran wang cagaran (deposit) bagi penerbitan suratkhabar tempatan sejumlah $100,00.00 secara tunai dan majalah tempatan sejumlah $20,000.00 secara tunai.
Attachments