Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Mendapatkan Kebenaran Menggunakan Logo atau Lambang


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Pengunaan Logo dan Lambang adalah di bawah Akta Lambang-lambang dan Nama-nama (Pencegahan Penggunaan Yang Salah), 1967. Semua permohonan diproses dengan kerjasama Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara. Kuasa untuk memberikan kebenaran bagi penggunaan Logo/Lambang-Lambang adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Akta Penggunaan Nama-Nama/Lambang-Lambang (Pencegahan Penggunaan Yang Salah) 1967.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara, Syarikat-Syarikat, Peniaga.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN, atau muat turun borang disini.
  • Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dan dihantar terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN tidak kurang tiga (3) bulan sebelum cadangan tarikh menggunakan logo.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan :
    • Salinan Kad Pintar Pemohon
    • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Pertubuhan
    • Contoh Logo/Lambang dalam 4 salinan asal berserta tafsiran
    • Surat mengenai penggunaan tulisan JAWI daripada Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Surat pengesahan daripada DBP sama ada logo tersebut betul dan teratur.
Attachments