Manage PermissionsManage Permissions

Pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi permohonan pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan seperti Hotel, Homestay, Apartmen, Kondominium, Rumah Tumpangan atau Khemah.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Dokumen yang diperlukan bagi Sokongan Pendaftaran Premis penginapan pelancong (termasuk permohonan baru/membaharui) adalah seperti berikut :
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Profil Syarikat/Pengurus
    • Salinan Pendaftaran Perniagaan dan Form X
    • Kebenaran Bangunan/Rumah daripada :
      • ABCi (Selepas November 2015) atau
      • Pejabat Daerah, Jabatan Bandaran, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Tanah
    • Pelan Lantai Premis atau Rumah
    • Salinan Fire Certificate daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Kebenaran Perniagaan Tapak Rumah (Jika Berkenaan)
    • Salinan First Aid Certificate (bagi pengusaha Homestay)
Pembayaran :

  • Bayaran yuran perkhidmatan Permohonan Lesen Baru :
    • Premis Am
      • $300  - 3 Tahun
    • Homestay
      • $90 - 3 Tahun
  • Bayaran yuran perkhidmatan bagi Membaharui Lesen :
    • Premis Am
      • $300 - 3 Tahun
      • $500 - 5 Tahun
    • Homestay
      • $90 - 3 Tahun
      • $150 - 5 Tahun

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Borang permohonan boleh dimuat turun disini.
Attachments