Manage PermissionsManage Permissions

Perkhidmatan Tanker Pembetungan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Pembangunan bagi perkhidmatan pembersihan sistem sanitasi/pembetungan bangunan termasuk kerja pengosongan tangki septik dan perengkap lelemak.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Agensi Kerajaan dan orang awam yang mengalami masalah kesumbatan atau limpahan air najis di sistem sanitasi/pembetungan bangunan pejabat atau kediaman termasuk perengkap gegeluk, tangki septik, perengkap lelemak dan stesen pam.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Membuat aduan ke Kaunter Aduan Pembetungan di Cawangan Pejabat Pintu Malim, Tutong dan Lapangan Terbang Lama Berakas.
  • Bagi yang berhasrat untuk menyewa Tanker pembetungan, permohonan boleh dibuat di Pejabat Pintu Malim atau di seperti berikut :
    • Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Lapangan Terbang Lama, Berakas. 
  • Permohonan menyewa Tanker pembetungan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline 123, Talian Darussalam.
Attachments