Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Use Permit (Form 7) bagi mendapatkan kebenaran masuk Kawasan Hutan Simpan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan. 

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Menghadapkan borang permohonan yang lengkap kepada Jabatan Perhutanan selewat-lewatnya SATU BULAN sebelum tarikh masuk ke kawasan Hutan Simpan.
  • Lokasi kawasan Hutan Simpan yang ingin dimasuki dan tempoh masa yang dipohonkan hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam borang permohonan berkenaan. 
  • Tempoh sah maksima setiap User Permit adalah SATU TAHUN sahaja.
  • Pemohon mestilah menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut :-
    • Salinan kad Pengenalan/Paspot pemohon dan ahli-ahli kumpulan.
    • Salinan Borang 500 Jabatan Buruh/Pas Kerja/Surat Kebenaran Khas (Jika diperlukan sahaja).
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa borang permohonan diisikan dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Sebarang permohonan melalui emel tidak akan diterima.
  • Satu salinan laporan hasil projek atau penyelidikan atau program hendaklah diberikan kepada Unit Permit & Lisen setelah projek selesai dijalankan.
  • Jabatan Perhutanan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kehilangan dan kerosakan harta benda, kemalangan dan kecederaan samada ringan atau berat atau melibatkan kehilangan nyawa atau tidak kepada pemohon dan ahli-ahli kumpulan selama berada didalam kawasan Hutan Simpan yang berkenaan.
Pembayaran :

  • Tidak dikenakan bayaran

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Menerima borang permohonan di kaunter daripada pemohon (secara manual).
  • Meneliti borang permohonan. Jika borang tidak lengkap diisi akan dikembalikan kepada pemohon.
  • Permohonan lengkap akan diproses dan seterusnya akan dihadapkan kepada pihak Polis Diraja Brunei (PDB) dan Angkatan Tentera Diraja Brunei (ABDB) untuk ulasan dan sokongan lanjut dalam masa tempoh 2 minggu dan seminggu untuk proses kebenaran dari Jabatan Perhutanan.
Attachments