Manage PermissionsManage Permissions

Pengeluaran dan Pembaharuan Lesen Mengambil Hasil Hutan (FORM1)


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan. 

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Perkhidmatan ini hanya khusus untuk Syarikat Kilang Papan dan Pengusaha Bakau.
Pembayaran :

  • $100 - Bayaran yuran perkhidmatan bagi setiap permohonan
  • $10,000.00 - Wang pendahuluan

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Mengisikan borang (Borang JPH12/2000).
  • Hantar borang yang sudah lengkap ke :
    • Unit Perkilangan Papan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan, Bangunan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
  • Lesen hanya dikeluarkan setelah bayaran di atas sudah dibayar dan segala tunggakan hutan dijelaskan terlebih dahulu.
  • Lesen hanya sah untuk tempoh enam (6) bulan sahaja dan hendaklah diperbaharui dua (2) bulan sebelum tarikh mansuh.
  • Pemegang lesen mesti mematuhi sebarang syarat yang telah diperuntukkan khas masing-masing dan juga tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Hutan Penggal 46, Undang-Undang Brunei.
Attachments